Nama SMK Raja Shahriman bukanlah nama asal sekolah ini. Nama ini wujud setelah beberapa detik sejarah perkembangannya dari sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah rendah hinggalah seterusnya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman sebagai ynag dikenali pada hari ini.
Pada mulanya hasil kesedara dan budaya usaha penduduk Beruas, wang sejumlah RM 7,000.00 telah dapat dikumpulkan melalui derma orang ramai dengan hasrat untuk membina sebuah sekolah rendah Inggeris di Beruas. wang yang terkumpul ini telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Perak. Kerajaan telah membina sebuah bangunan papan yang hanya mengandungi dua bilik darajah dan sebuah rumah guru bagi maksud ini. Bangunan ini terbina brerhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Beruas. Pada tahun 1954 bermulalah peringkatdarjah satu aliran Inggeris di Beruas. Guru Besar yang pertama ialah En. Abdul Kadir b. Abd. Latif. Darjah tunggal uang baru terbentuk itu diberi nama 'GOVERNMANT ENGLISH CLASS'.
Pada tahun 1960, sekolah ini telah menempa sejarahnya lagi iaitu telah diadkan pelajaran menengah peringkat tingkatan satu. Kumpulan pertama ini telah dipindahkan dari Sekolah Iskandar Shah, Parit(hanya murid-murid dari Beruas sahaja). Pada awal tahun 1964, tingkata empat pertama aliran Bahasa Inggeris telah diadakan. kemudiannya pada ogos 1968, sekolah menengah tek]lah dipindahkan ke bangunan baru yang berasingan.
Sekolah menengah baru ini kemudiannya diberi nama Sekolah Menengah Raja Shahriman mengambil sempena nama Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abdul Hamid S.P.M.P., J.M.N., P.J.K., Orang Kaya-kaya Maha Kurnia Indra Diraja Orang Besar Jajahan Dinding (Manjung).
Tahun 2005, sekolah ini mencipta sejarah lagi kerana buat pertama kalinya kelas tingkata 6 telah diperkrnalkan. Kelas ini diwujudkan hasil usaha Persatuan Ibu bapa dan Guru(PIBG) sekolah ini dan pentadbiran yang mengerti kepayahan pelajar tingkata 6 melanjutkan pelajaran di bandar Sitiawan. Pelajar sulung tingkata 6 di sekolah ini adalah berasal dari sekitar Beruas dan Pantai Remis.
Kini SMK Raja Shahriman mempunyai 6 blok bangunan, sebuah makamal komputer, sebuah kantin dah surau serba lengkap untuk kemudahan para guru dan pelajar. Jumlah guru pada sesi 2013 ialah seramai 72 orang manakala kakitangan serami 12 orang. Mulai tahun 2013 SMK Raja Shahriman telah beroperasi sebagai sekolah satu sesi dan tidaj lagi dua sesi seperti tahun-tahun sebelumnya.